Tips Memilih Penapis Air

Terdapat berbagai jenis produk penapis air di pasaran Malaysia dan dunia. Sebagai pengguna pula, kita perlu bijak untuk membuat pilihan agar produk penapis air yang dipilih mampu memenuhi keperluan di samping memberikan nilai pulangan yang terbaik dan memuaskan . Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum pengguna memilih produk penapis air yang ingin digunakan di kediaman masing-masing? Berikut adalah beberapa kriteria yang boleh dan perlu dipertimbangkan:-



1. Halal
Produk penapis air yang halal perlu diutamakan kerana produk ini digunakan untuk menapis air yang kita minum setiap hari dan adakalanya digunakan untuk mencuci sayur-sayuran @ buah-buahan. 
Anda boleh Cek status Halal Coway di sini dengan cara memasukkan keyword=Coway

2. Kualiti Air
Kualiti air yang dihasilkan daripada penapis air merupakan faktor kedua penting dalam memilih sesuatu produk penapis air. Ini kerana sesetengah produk hanya menapis bendasing atau kotoran yang kelihatan. Sesetengah produk pula hanya menghasilkan air yang bersih tetapi tidak mengandungi sebarang zat dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Untuk mendapatkan faedah kesihatan yang maksimum, pilihlah produk penapis air yang bukan sahaja menghasilkan air yang bersih tetapi mengandungi pelbagai zat dan mineral yang bukan sahaja mampu menyihatkan tubuh badan tetapi mampu membantu dalam merawat/menyembuhkan pelbagai penyakit yang berkaitan.
Kenapa kami di gelar pakar air ?, kerana Coway meyediakan 3 jenis air untuk anda pilih iaitu Air RO (Reverse Osmosis) yang menapis segala kotoran dan bendasing didalam air sehingga membekalkan air yang betul-betul bersih, Air Mineral (Nanotrap) yang menapis segala bendasing didalam air dan hanya membenarkan mineral dan galian dan yang terakhir adalah Air Alkali yang mempunyai PH tinggi sesuai untuk tubuh dan kesihatan.

3. Harga
Harga juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan produk penapis air. Bergantung kepada kualiti air yang dihasilkan, produk penapis air boleh dibeli dengan harga semurah puluhan ringgit, beberapa ratus ringgit hingga mencecah harga lima ribu ringgit. Adakalanya sesuatu produk diwar-warkan dengan harga ribuan ringgit tetapi setelah diberi diskaun, harga yang ditawarkan hanya mencecah ratusan ringgit. Perkara ini banyak mendatangkan keraguan dan pertanyaan daripada pengguna. Sekiranya produk ini benar-benar berkualiti, mahal dan berharga ribuan ringgit mengapa apabila diberikan diskaun harganya hanya ratusan ringgit. Adakah harganya sememangnya murah dan ini merupakan promosi yang hanya ingin mengelirukan pengguna?
Coway juga menawarkan harga yang terendah dan termurah untuk menikmati air bersih didalam 3 keadaan suhu yang berbeza

3a. Kemudahan dan kaedah pembayaran
Sesengah produk penapis air perlu dibeli secara tunai. Sesetengah produk pula menawarkan bayaran ansuran bulanan tetapi apabila dikira jumlah bayaran yang perlu dibayar melebihi harga produk asal. Sesetengah produk pula boleh dibeli secara ansuran tanpa faedah tetapi memerlukan bayaran ansuran melalui kad kredit. Sekiranya berkemampuan, pengguna boleh membeli secara tunai atau jika tidak pilihlah produk yang menawarkan kaedah pembayaran ansuran yang lebih mudah tanpa sebarang faedah.
Coway menawarkan berbagai cara pembayaran samada belian tunai, belian tunai melalui ansuran kad kredit dengan faedah 0% ataupun sewa beli selama 5 tahun melalui kad debit/kredit

4. Harga Katrij dan Penyelenggaraan
Semua produk penapis air memerlukan penukaran katrij bergantung kepada katrij yang digunakan. Sesetengah katrij produk penapis air mencecah harga sehingga empat ratus ringgit. Harga yang tinggi ini akan membebankan pengguna di dalam jangka masa panjang kerana produk ini akan digunakan secara berterusan. Sesetengah produk pula memerlukan kos tambahan iaitu kos upah penyelenggaraan/penukaran yang perlu dibayar secara tahunan atau setiap kali penukaran katrij dijalankan. Untuk penjimatan, pilihlah produk yang harga katrijnya berpatutan dan tidak membebankan. Adalah lebih baik sekiranya penukaran katrij dilakukan oleh penjual tanpa sebarang caj tambahan. Selain memudahkan pengguna, pengguna tidak perlu bersusah payah atau merasa risau sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran teknikal dalam melakukan penukaran katrij.
Coway menyediakan perkhidmatan pemasangan, servis sanitasi setiap 2 bulan dan juga penukaran filter secara percuma selama 5 tahun bagi anda yang menggunakan produk Coway secara sewabeli. Bagi yang membeli secara tunai boleh memperbaharui keahlian setiap tahun untuk menerima servis penyelenggaraan.


5. Servis Selepas Jualan
Servis selepas jualan sememangnya penting kerana terdapat ramai pengguna produk penapis air yang memilih untuk membeli produk penapis air yang baru kerana tidak tahu di mana hendak membeli/ mengganti katrij yang telah lama apabila penjual sedia ada tidak dapat dihubungi atau tidak lagi menjalankan perniagaan yang sama. Pengguna juga biasanya terlupa tentang jadual penyelenggaraan/penukaran katrij sekiranya tidak diingatkan oleh penjual/stokis atau syarikat penapis air sendiri. Oleh yang demikian, pilihlah syarikat produk penapis air yang menawarkan khidmat servis selepas jualan yang memuaskan.Sebagai contoh, pembeli mempunyai beberapa alternatif untuk menyalurkan sebarang masalah yang dihadapi sama ada kepada penjual, syarikat penjual atau pun kepada agen-agen/rakan niaga yang lain. Lebih bagus lagi sekiranya syarikat penapis air menyimpan maklumat pembeli dan sentiasa memaklumkan kepada pengguna tentang informasi terkini dan keperluan menukar katrij apabila tempoh yang ditetapkan telah hampir tiba.
Anda boleh menghubungi HP (Health Planner) atau ejen yang mendaftarkan produk Coway anda, Cody (coway lady) orang yang melakukan servis produk di rumah anda ataupun bpleh terus menghubungi talian hotline Coway 1800888111.


Saya juga menerima tempahan dari kawasan berikut :-

Kuala Lumpur, Selangor & WP Putrajaya
Ampang Jaya - Taman Dagang - Ampang Indah - Lembah Jaya - Pandan Indah - Pandan Jaya - Bandar Baru Ampang - Cheras - Pandan Mewah - Ulu Kelang - BAtu Caves - Wangsa Maju - Maluri - Hulu Langat - Gombak - Kajang - Balakong - Seri Kembangan - Bukit Jalil - Rawang - Selayang - Shah Alam - Petaling Jaya - Subang Jaya - Kelana Jaya - Damansara- Puchong - Serdang - Sungai Buloh - Klang - Sabak Bernam - Putrajaya - Cyberjaya - Kuala Kubu - Serendah - Ulu Yam - Batang Kali - Dengkil - Salak tinggi - Morib - Banting

Melaka
Ayer Keroh - Alor Gajah - Jasin - Taboh Naning - Sungai Udang -Durian tunggal - Bukit Katil- Umbai

Negeri Sembilan
Seremban - Bahau - Gemas - Tampin - Kuala Pilah - Batu Kikir - Rembau - Gemencheh - Nilai

Johor
Segamat - Muar - Batu Pahat - Johor Bahru - Mersing - Pontian - Kota Tinggi - Kluang - Nusajaya

Kelantan
Kota Bahru - Tumpat - Pasir Mas - Machang - Gua Musang - Bachok

Terengganu
Kuala Terengganu - Besut - Setiu - Marang - Dungun - Kemaman - Kuala Nerus - Ajil - Bandar Permaisuri - Kuala Berang - Kerteh - Rantau Abang - Wakaf Tapai - Gong Badak - Bukit Besi - Batu Rakit

Pahang
Pekan - Kuantan - Temerloh - Mentakab - Raub - Muadzam - Kuala Lipis - Bentong - Bera - Cameron Highland - Jerantut - Jengka - Maran - Rompin - Janda Baik - Merapoh - Tanjung Lumpur

Perlis
Arau - Kangar - Padang Besar - Kuala Perlis - Simpang Empat - Wang Kelian - Kaki Bukit - Beseri - Kuala Sanglang

Perak
Ipoh - Batu gajah - Chemor - Meru - Tambun - Tanjung Rambutan - Teluk Intan - Bagan Datoh - Changkat Jong - Sri Iskandar - Bota - Parit - Tronoh Tanjung Malim- Slim River - Tapah Bidor - Trolak - Behrang -Sungkai - Kampar - Kuala Kangsar - Sungai Siput - Padang Rengas - Kamunting - Changkat Jering - Bukit Gantang - taiping - Parit Buntar - Bagan Serai - Manjung - Sitiawan - Lumut

Penang
Seberang Prai - Georgetown - Air Itam - Balik Pulau - Bayan Lepas - Bayan baru - Gelugor - Kepala Batas - Bukit Mertajam - Jawi - Nibong Tebal - Sungai Dua - Butterworth - Tanjung Bungah - Teluk Bahang - Penaga

Kedah
Alor Star - Sungai Petani - Jitra - Kulim - Langkawi - Pokok Sena - Pendang -Yan - Padang Terap - Baling - Sik - Kubang Pasu - Gurun - Changlun - Kuala Ketil - KualaNerang - Kuala Kedah

Sarawak
Kuching - Sibu

Sabah
Kota Kinabalu - Sandakan - Tawau

SELURUH MALAYSIA